huma

ladang padi (di tanah kering), tanah yang baru dibuka (ditebas hutannya);

berhuma
1. mempunyai huma;

2. mengerjakan huma, bercucuk tanam di huma:
adalah pada masa itu segala rakyat dalam kesukaran kerana tengah ~;
dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman
(peribahasa) memegahkan kekayaan dan lain-lain tetapi tidak ada bukti kekayaannya dan lain-lain;

memperhumai mengerjakan tanah untuk dibuat huma:
mereka ~ tanah di bukit itu;

perhumaan
1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma):
~ terpaksa dijalankan kerana hujan yang sedikit itu;

2. tanah yang dibuat huma:
~ mereka jauh dari kampung.

berkongsi