hulu

1. [sastera lama] kepala:
lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat;
gering ~
sakit kepala (untuk raja);
kalang ~ bantal kepala;

2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dan lain-lain), udik, lawan hilir:
air sungai yang deras mengalir dari ~;
di ~ sungai ada air terjun;

3. pangkal, permulaan;
~ hati bahagian hati yang sebelah atas;
~ musim permulaan musim;
~ malang pangkal malang;

4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dan lain-lain), pemegang;
~ cangkul tangkai cangkul;
~ wali pegangan pada pisau wali;

5. pedalaman;
orang ~ orang yang tinggal jauh di pedalaman;
~ hilir
a) hulu dan hilir;
b) hujung pangkal;
~ kepala ubun-ubun;
~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai (peribahasa) [Minangkabau] pandai membawa diri dalam pergaulan;
ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak (peribahasa) tidak dapat mengelak daripada bahaya;
jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga (peribahasa) jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pada permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya);
orang terpegang pada ~nya, awak terpegang pada matanya (peribahasa) lawan yang lebih kuat daripada kita (dalam perjanjian atau perkara);

berhulu
1. terbit di, berasal dari (sungai):
sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa;

2. mempunyai hulu, bertangkai;

berhulukan mempunyai hulu yang dibuat daripada, berkepalakan, bertangkaikan:
golok yang ~ buluh dan bersarungkan upih;
keris ~ cula;

menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik;

menghulukan [sastera lama] mendahului, memimpin, mengepalai:
kalau sudah tuanku yang hendak ~ dan menunjuk ajar … kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami;

huluan berkaitan dengan pelbagai kegiatan yang berlaku sebelum kegiatan utama (berkenaan (dengan) industri, projek, aktiviti dan sebagainya):
beliau turut mempersoalkan langkah kementerian yang bertumpu pada kegiatan di peringkat ~ dan kurang memberi perhatian pada peringkat hiliran.

berkongsi