[Arab] pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dan sebagainya):
masing-masing mengemukakan ~ yang kuat;
berhujah mengemukakan (memajukan) hujah:
mereka ~ tentang manusia dan kemanusiaan, tentang dunia, dan keduniaan;
menghujah memberi hujah (sewaktu menentang atau menyanggah pendapat orang lain):
tahan macam mana? Haron ~;
menghujahkan memberikan hujah, mengemukakan pendapat (pandangan, alasan):
beliau ~ bahawa ancaman dari kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya;
hujahan hujah:
adanya pentafsir belum menjamin ketepatan maklumat dan ~ yang diketengahkan;
penghujahan perihal memberikan hujah tentang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu:
keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dalam bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan;
penghujah orang yang mengemukakan hujah (biasanya dalam perbahasan):
~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing.