hormat

1. mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim:
tetamu dipersilakan masuk ke dalam dewan dengan ~;
budak itu sangat ~;
diberhentikan dengan ~
diberhentikan dengan baik (bukan sebab kesalahan);

2. perbuatan untuk menyatakan rasa khidmat atau takzim:
serdadu kawalan itu pun memberi ~ dengan mengangkat tombak;

3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim):
wajib kita ~ kepada ibu bapa kita;
(dengan) ~takzim
(dengan) sepenuh hormat;
dengan segala ~ dengan sepenuh takzim;
gila ~ terlalu suka dihormati orang;
kurang ~ kurang sopan;
tanda ~ perbuatan dan lain-lain yang menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

berhormat mempunyai kedudukan yang dihormati atau dimuliakan:
Cikgu Amin seorang yang ~ di kampung itu;
Yang B~
panggilan kepada atau kata yang dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yang bergelar Datuk dan sebagainya;
Yang Amat B~ panggilan kepada atau kata yang dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri;

berhormat-hormatan, hormat-menghormati saling memberi hormat;

menghormati
1. memberi (melahirkan, menaruh) hormat kepada:
~ ibu bapanya;
hormatilah orang tuamu;
Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina;

2. menerima dan mematuhi (aturan dan lain-lain), menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan:
aku ~ pendapatmu;
~ keinginanmu mencari sesuatu yang baru;
Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok;

3. disegani:
ia seorang yang dipercayai dan dihormati;
ia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal;

terhormat (yang) sangat dihormati:
kepada yang ~ saudara Ahmad;
untuk pembesar-pembesar digunakan sebutan yang ~;
profesion yang penting dan ~;

kehormat
1. yang dihormati dan diraikan:
tetamu ~ yang akan turut dalam rapat itu ialah Perdana Menteri;

2. yang dilantik kerana menghormati, yang diberikan sebagai pernyataan hormat;
ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dan lain-lain yang dilantik kerana jasanya dan lain-lain;
doktor ~ gelaran doktor yang diberikan untuk menyatakan hormat;

3. yang jasanya tidak dibayar;
bendahari (setiausaha dan lain-lain) ~ pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar;
bayaran ~ wang sagu hati yang diberikan kepada seseorang (pengarang dan lain-lain), honorarium;

kehormatan
1. pemberian hormat (penghargaan dan lain-lain):
ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan;
perajurit yang gugur itu dikebumikan dengan penuh ~;
(per)barisan ~
(per)barisan untuk menunjukkan hormat (kpada tetamu agung dan lain-lain);
bintang ~ pingat yang dikurniakan sebagai pernyataan hormat (kerana jasa dan lain-lain);
(gelar) doktor ~ [Indonesia] (gelar) doktor kehormat;
gapura (pintu gerbang) ~ [Indonesia] gapura (pintu gebang) yang didirikan untuk menyambut orang besar dan lain-lain;
gelar ~ [Indonesia] gelar sebagai pernyataan hormat;

2. tumpuan hormat, (orang) yang dihormati:
beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini;

3. [Indonesia] yang dilantik kerana menghormati, kehormat;
anggota ~ ahli kehormat;
ketua ~ ketua kehormat;

4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian:
Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yang bersangkut dengan kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja;
dia sekarang mengejar ~;

5. nama baik, harga diri:
mempertahankan nyawa dan ~ ;
~ diri
kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang;

6. kemurnian, kesucian (wanita):
apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dalam tempat tidur seorang gadis dengan niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial;

penghormatan perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat:
rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kepada Tuhannya;
~ terakhir
perbuatan memberikan penghormatan kepada jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, misalnya menziarah, bertafakur dan sebagainya;

penghormat
1. yang menghormati;

2. yang dibuat (dipakai) kerana menghormati:
barisan ~.

berkongsi