hiruk

~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara:
dalam ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan;
ketawa hilai yang bercampur dengan ~-pikuk suara orang yang mabuk;

menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dan lain-lain):
kampung itu bising sekali, dihiruk dengan pelbagai bunyi yang tidak dapat ditentukan;

menghirukkan menjadikan gempar (bising dan lain-lain), menggemparkan;

penghiruk orang yang suka membuat gempar (gaduh dan lain-lain).

berkongsi