hidang

menghidangkan
1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dan lain-lain):
air kopi yang dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya;
apabila kita berhidang untuk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minuman;

2. [kiasan] mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dalam mesyuarat dan lain-lain):
pengarang surat khabar ~ masalah pengangguran dalam tajuk rencananya;

3. [kiasan] memperdengarkan, mempertunjukkan dan sebagainya kepada orang ramai, mempersembahkan:
penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dalam pertunjukan itu;

hidangan
1. makanan yang disediakan, sajian:
maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~;
~ Melayu
makanan masakan Melayu;

2. sesuatu (seperti lagu, muzik, drama) yang diperdengarkan, diperlihatkan, dan sebagainya:
masing-masing menyandar ke kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu daripada peti radio;

sehidangan
1. satu hidangan:
anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih;

2. sama hidangan (sewaktu makan):
makan sehidang(an);

penghidangan perihal menghidangkan, penyajian.

berkongsi