heret

mengheret
1. menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), menyeret:
Ali terus mengikut saya dari belakang sambil ~ basikalnya;

2. membawa seseorang ke sesuatu tempat:
dia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri;

3. memikat hati orang (untuk mendapatkan harta bendanya dan lain-lain), memperdaya, menipu;

terheret terlibat bersama:
perang yang menyebabkan negara kuasa besar ~ ke dalamnya;

heretan
1. sesuatu yang diheret;

2. [Jakarta] sampan (perahu) penambang;

pengheretan
1. perbuatan mengheret, penyeretan;

2. sejenis kenderaan (untuk membawa barang) yang ditarik;

3. [Jakarta] penipu, pendusta.

berkongsi