tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus;
sehenti mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yang berkaitan di satu tempat:
kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, trailer, enjin dan minyak pelincir;
berhenti
1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dan lain-lain) lagi, tidak meneruskan lagi:
enjin kereta itu sudah ~;
di hujung jalan itu mereka ~;
kereta api ini tidak ~ di Segamat;
ia sudah ~ bersekolah;
2. berakhir, habis, tamat:
hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang;
orang kehilangan pun tiada ~ lagi;
3. meletakkan jawatan (pekerjaan dan lain-lain), tidak menjadi ahli (pelanggan dan lain-lain) lagi:
dia ~ kerana ingin bertanding dalam pilihan raya umum;
4. berehat, melepaskan lelah:
jika tuan hamba lelah ~ dahulu;
berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus;
memberhentikan
1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti:
ia ~ basikalnya;
orang itu ~ percakapannya;
2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan:
~ peperangan;
lagu-lagu piring hitam diberhentikan;
3. memecat, melepaskan seseorang daripada pekerjaan (jawatan dan lain-lain):
guru itu sudah diberhentikan;
keberhentian perihal berhenti:
~nya itu mungkin atas sebab-sebab yang sama;
pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan:
~ abangku itu diketahui melalui akhbar;
menghentikan, memperhentikan memberhentikan;
terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut:
percakapannya ~ hingga itu sahaja;
hentian
1. tempat berhenti (kenderaan dan lain-lain), perhentian:
H~ Pudu Raya;
2. hasil berhenti;
3. (Linguistik) bunyi bahasa yang dihasilkan daripada penutupan sepenuhnya pada titik artikulasi tertentu dalam saluran suara:
~ glotis;
~ implosif;
~ glotis (Linguistik) bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dengan pelepasan secara tiba-tiba;
~ implosif (Linguistik) bunyi hentian yang dihasilkan dengan menghalang aliran udara di glotis yang bergerak masuk ke dalam saluran udara;
~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya;
penghentian hal atau perbuatan menghentikan:
~ beberapa percubaan untuk mendirikan tanah jajahan;
perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dan lain-lain).