1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dan lain-lain):
seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana;
kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu;
hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya;
2. akan, bermaksud akan, mahu:
saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang;
3. untuk:
wang ~ membuat belanja sesen pun tiada;
tak ~ tidak dengan sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu);
~lah mesti, harus, patut, wajib:
kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat;
~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya:
semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah;
~pun kalaupun:
~ pun dikatakan cantik tidak juga;
menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan:
saya tidak ~ istana untuk tempat hidup;
kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yang keras:
tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu;
sekehendak seperti atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dan lain-lain:
jika diikuntukan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya;
~ hati sesuka hati;
berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan:
ia ~ supaya kita jadi korbannya;
berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan:
perkara itu ~ penerangan yang lebih lanjut;
mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini:
ia ~ semua orang menghormatinya.