helang

sejenis burung liar yang biasanya menyambar ayam;
~ belalang, Microhierax fringillarus;
~ hindik, Spizaetus cirrhatus;
~ laut
= ~ siput sejenis burung helang, Heliaeetus leucogaster;
~ malam
sejenis burung helang, Machaerhampus alcinus;
~ merah, Haliastur indus;
~ sewah
sejenis burung helang, Accipiter gularis;~ terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (peribahasa) orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya;
kalau tak ada ~ belalang menjadi ~ (peribahasa) kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai;
seperti ~ menyongsong angin (peribahasa) gagah dan berani apabila menentang musuh;
cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (peribahasa) biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi);
sepantun ~ dengan ayam, lambat laun disambar juga (peribahasa) jika berhampiran sesuatu yang berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yang tidak baik.

berkongsi