haus I

1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga:
ia meminta air sebab tersangat ~;

2. = ~ akan (kepada) sangat ingin akan (kepada):
saya ~ akan pengetahuan;
anak kecil yang masih ~ kepada kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya;
~ dahaga

a) terlalu dahaga;
b) terlalu ingin akan;
orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi (peribahasa) mendapat apa yang diingini;

menghauskan
1. menyebabkan (menjadikan) haus;

2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan:
kami sedang ~ penerangan dan pimpinan daripada pemimpin-pemimpin kami;

kehausan
1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga):
masing-masing mahu memuaskan ~ dengan air di hadapan mata;

2. [kiasan] keinginan, kemahuan;

3. menderita atau berasa haus:
mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar;
sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya.

haus II berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dan lain-lain):
batu itu telah ~ dimakan air;

menghauskan menjadikan haus:
air yang mengalir dapat ~ batu.

kehausan perihal atau keadaan haus:
~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam;

penghausan proses menghauskan:
lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~.

berkongsi