hati

1. organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen):
jantung, ~, limpa, dan lain-lain mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing;
~ lembu;

2. = jantung ~ jantung:
tidak ada yang menarik perhatiannya selain daripada berita yang mendebarkan ~nya;

3. batin (tempat perasaan, pengertian, dan lain-lain):
rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk;
susah ~nya melihat tingkah laku anaknya;
terbit dari ~ yang ikhlas;
~ muda
rasa muda dalam hati;
bercakap (membaca) dalam ~ bercakap (membaca) dengan tidak mengeluarkan suara (dalam batin sahaja);
dalam ~ dalam batin, dalam jiwa;
dari ~ ke ~ secara ikhlas (jujur);
ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan;
jatuh ~ jatuh cinta, berkenan;
jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung;
kata ~ kata yang terbit dalam batin;
kecut ~ merasa takut (bimbang dan lain-lain);
lubuk ~
a) perasaan hati yang dalam, b) bawah sedar;
makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain yang menyakitkan hati;
maksud ~ tujuan;
melepaskan ~ menuruntukan hawa nafsu;
rasa ~ perasaan batin;
terang ~ mudah mengerti;

4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dan lain-lain):
~ nanas;
~ kayu;
~ berdetus [Minangkabau] menaruh syak curiga;
~ budi peribadi seseorang yang tergambar pada tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dan sebagainya:
mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing;
~ jantung
a) jantung;
b) kesayangan (kekasih);
~ kaudu hati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang:
tetapi, yang kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit;
~ kecil
perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya);
~ nurani
a) hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan;
b) perasaan hati yang murni dan yang sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya);
~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dan lain-lain);
~ sanubari perasaan batin;
~ tangan lekuk pada telapak tangan;
~ tawajuh hati yang dihadapkan semata-mata kepada Tuhan;
~ bagai baling-baling (peribahasa) fikiran atau pendirian yang tidak tetap;
~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah (peribahasa) orang yang kurang perasaan malunya;
~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah (peribahasa) beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit;
~ gatal mata digaruk (peribahasa) perihal orang yang tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yang ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya;

sehati seia sekata, sepakat:
ia beroleh seorang isteri yang ~ dengan dia;

berhati
1. mempunyai hati:
beliau ~ keras dan berpendirian tegas;

2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yang halus, menaruh belas kasihan;
~ batu
a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yang kuat;
b) tidak berperikemanusiaan;
~ berlian (emas) sangat baik hatinya;
~ bimbang berada dalam keadaan gelisah (resah dan sebagainya);
~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan;
~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yang kuat);
~ mutu putus asa (harap);
~ perut
a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan);
b) bertimbang rasa;
~ pilu bersedih hati (hiba);
~ putih mempunyai niat yang tulus ikhlas (bersih dan sebagainya);
~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yang baik seperti pemurah dan lain-lain;
~ tungau penakut;
~ walang khuatir (walang hati);
~ waja keras hati.

berkongsi