hasut

menghasut
1. menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi(-api)kan:
dia yang ~ supaya orang membenci saya;

2. menggalakkan (anjing);

hasut-menghasut saling menghasut:
~ tidak berhenti, yang kuat menindas yang lemah;

terhasut sakit hati atau marah kerana dihasut:
P.M. menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik;

hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut:
tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;

penghasutan perihal menghasut;

penghasut orang yang menghasut.

berkongsi