harta

barang-barang berharga (seperti rumah, tanah, barang-barang kemas, dan sebagainya) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dan lain-lain);
~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yang dibawa pada ketika berkahwin;
~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yang berharga (sebagai kekayaan);
~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yang diperoleh suami isteri bersama;
~ (pen)dapatan harta yang dibawa oleh pihak perempuan;
~ dunia barang-barang yang tidak kekal, barang-barang duniawi;
~ hibah harta yang diberi dengan keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia);
~ jangka panjang (Ekonomi) benda (seperti tanah, bangunan, jentera, dan lain-lain) untuk keperluan perusahaan dalam jangka waktu panjang, aset jangka panjang;
~ jangka pendek (Ekonomi) wang atau benda yang mudah dijadikan wang, aset jangka pendek;
~ karun harta benda yang tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yang didapati dengan tidak sah;
~ milik barang-barang kepunyaan seseorang;
~ mudah cair (Ekonomi) benda yang mudah dijadikan wang (dijual);
~ pencarian harta benda yang didapati daripada usaha sendiri (bukan yang dipusakai);
~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati);
~ rampasan barang-barang yang dirampas dalam masa perang;
~ sepencarian harta yang diperoleh daripada usaha suami isteri;
~ tanah (Ekonomi) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
~ sungguh harta yang berupa mata benda;
~ tak sungguh (Ekonomi) hak yang tidak berupa benda (seperti hak cipta dan lain-lain);
~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang;
~ pulang ke tuan (peribahasa) sudah sangat cocok untuk seseorang;

berharta mempunyai harta, kaya, berada.

berkongsi