hantu I

1. ciptaan khayalan manusia yang menakuntukan atau menggerunkan;
bahasa ~ bahasa yang dipakai oleh pawang;
jari ~ jari tengah;
kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu;
disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu;

2. [kiasan] pengintip rahsia:
~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis;

3. [kiasan] orang yang sangat jahat (buruk dan lain-lain):
~ judi orang yang sangat suka berjudi;
anak ~ anak yang sangat jahat;
rupanya seperti ~ rupanya tersangat buruk;

4. yang tumbuh liar, yang tumbuh dalam hutan:
kacang ~;
limau ~;
pisang ~;
~ air
hantu yang terdapat di air (di sungai dan lain-lain);
~ angin hantu yang boleh mengaramkan kapal;
~ aru-aru hantu hutan;
~ bungkus hantu yang berupa mayat berbungkus;
~ bunian siluman (orang halus yang tinggal di hutan);
~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yang menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai);
~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu;
~ raya hantu peliharaan untuk menjadi pengawal (suruhan) tuannya;
~ toyol hantu peliharaan untuk disuruh mencuri;
takut di~ terpeluk ke bangkai (peribahasa) mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yang tidak patut ditakuntukan;

berhantu ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu;

menghantu
1. menjadi hantu;

2. [kiasan] menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dan sebagainya):
malam tambah ~;
dia bersiar-siar ke luar kota untuk melupakan kesibukan kota yang ~;

menghantui
1. [kiasan] mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa):
peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya;

2. mempengaruhi (dengan cara menakut-nakuntukan):
dengan sikapnya yang agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dengan semboyan revolusi proletariat;

kehantuan sifat atau perbuatan yang dikaitkan seperti hantu: ia disejajarkan dengan sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan.

berkongsi