hambar

1. tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar;

2. dingin, acuh tak acuh, tidak bersemangat:
suaranya ~;
terhadap suaminya ia mengambil sikap yang ~ sahaja;

menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat):
pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yang mengikat perhubungan mereka;

menghambarkan menjadikan hambar:
adakah jurujual menghilangkan minat pelanggan dan ~ keyakinan mereka ?;

kehambaran rasa hambar, rasa tawar:
pada mulanya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya.

berkongsi