1. keadaan, kejadian, peristiwa:
kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dengan lima pancaindera kita;
demikianlah ~nya (dengan) demikianlah keadaannya (dengan);
lain ~ nya (dengan) lain keadaannya (dengan);
2. masalah, perkara, soal, urusan:
ia tidak ada masa untuk memikirkan ~ orang lain;
pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yang kurang difahami;
seorang yang ahli dalam ~ bank;
3. asal mula, kerana, sebab:
apa pula ~nya maka ia lambat datang;
oleh ~ itu oleh sebab itu;
4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal:
~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti;
majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar;
5. [sastera lama] daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dan lain-lain:
apalah ~ku hendak berjumpa dengan suamiku: jikalau ia datang, apa ~ kita?
6. halangan:
risiko dan kos tenteranya dalam peperangan tidak menjadi ~;
7. perkara:
dalam ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dengan matlamat dasar luar negara;
~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dan lain-lain);
ada ~ ada sesuatu (yang terjadi, yang akan dibicarakan, dan lain-lain);
ambil ~ mempedulikan;
membawa ~ (masing-masing) dengan urusan sendiri-sendiri;
tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dan lain-lain);
berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dan lain-lain):
jika ada orang yang ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dengan senang hati;
dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang;
mengehalkan
1. mengisahkan, menceritakan (tentang):
kesemua majalah itu ~ filem;
2. memperlakukan:
hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kepada Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini;
terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dan lain-lain):
perkara itu sudah lama ~.