hakis

menghakis
1. mengikis (dan menghanyuntukan) permukaan tanah atau batu dan lain-lain (oleh air, angin, dan lain-lain) sehingga haus, rosak, musnah dan sebagainya:
angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yang mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yang lembut;
selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yang menegakkan akar-akar ceracak keluar;

2. menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dan sebagainya) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dan sebagainya:
pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur;
kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan;

3. ki menjadi kurang (berkenaan (dengan) nilai, harapan, keyakinan dan sebagainya), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~;

menghakiskan
1. mengikis (dan menghanyuntukan) permukaan tanah atau batu dan lain-lain (oleh air, angin, dan lain-lain) sehingga haus, rosak, musnah dan sebagainya:
pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yang sudah banyak ~ tanah di sekitarnya;

2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dan sebagainya) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dan sebagainya:
pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pada tengah hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL;

terhakis
1. dikikis dan dihanyuntukan oleh air, angin, ombak dan sebagainya (berkenaan (dengan) permukaan tanah, batu dan sebagainya):
perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah;
kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar;

2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dan sebagainya):
pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus semakin meningkat;
kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan;

hakisan perihal menjadi terhakis;

penghakisan proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menghakis atau menghakiskan:
kadar ~ tanah bergantung pada beberapa faktor persekitaran fizikal;
keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kepada orang tua semakin ketara.

Hakka suku kaum Cina yang berasal dari utara Guangdong dan selatan Fukien di Negara China dan tinggal di merata tempat di dunia, juga dikenali sebagai Khek.

berkongsi