hakim I

1. pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah:
~ yang membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara;
H~ Besar
ketua hakim;
menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yang dianggap bersalah;
dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah;

2. orang yang dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dan sebagainya), pengadil:
tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dalam peraduan bahas antara sekolah-sekolah;

berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kepada minta pengadilan kepada:
marilah kita ~ kepada ketua kampung untuk menentukan siapa salah siapa benar;
~ kepada beruk (harta habis hajat tak sampai)
(peribahasa) minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu dapat kerugian;

berhakimkan menggunakan seseorang dan sebagainya sebagai hakim:
oleh sebab tidak ada tempat untuk membuat pengaduan apabila berlaku perselisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri;

menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (untuk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang):
hakim mahkamah tinggi ~ perkara-perkara besar seperti perkara pembunuhan, penculikan, rompakan besar, dan lain-lain;

kehakiman segala hal yang berkaitan dengan urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan:
jabatan ~;
soal-soal ~;
~ semu
perihal fungsi yang menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yang dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, misalnya tribunal;

penghakiman perihal (perbuatan dan sebagainya) menghakimi:
dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi masalah kefahaman.

berkongsi