1. (yang) benar, kebenaran:
katakanlah yang ~ walau pahit sekalipun;
ajaran-ajaran yang ~ ajaran-ajaran yang benar;
ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan);
2. kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan lain-lain):
tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya;
ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya daripada serangan dan cacian;
3. milik, kepunyaan:
~ orang jangan diambil;
setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya;
4. yang (mana satu):
awak mahu ~ itukah atau ~ ini?;
berilah saya ~ merah itu;~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang;
~ asasi hak yang dasar atau pokok (seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain);
~ cipta hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dan lain-lain);
~ dipilih hak untuk dipilih (dalam pilihan raya) untuk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen);
~ istimewa hak yang diberi kepada kaum (golongan) tertentu sahaja;
~ kuasa hak untuk menguasai (menentukan nasib dan lain-lain);
~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan;
~ luar semangat hantu yang masuk ke dalam tubuh seseorang;
~ membatalkan hak untuk membatalkan (memansuhkan) keputusan yang telah dicapai dengan suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto;
~ mengundi hak untuk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dalam Parlimen dan lain-lain);
~ mutlak hak yang penuh ke atas sesuatu (hak yang tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali);
~ pengarang hak cipta;
~ pilih [Indonesia] hak untuk memilih wakil rakyat (dalam Parlimen dan lain-lain);
~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (seperti giat dalam parti politik, menjadi calon dalam pilihan raya, dan lain-lain);
~ pusaka harta yang dipusakai turun-temurun;
~ sivil hak warganegara untuk mendapat layanan sama rata, misalnya untuk mengundi atau mendapat pekerjaan;
~ teradjudikasi (Undang-undang) hak yang telah diiktiraf dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran;
~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal;
kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri (peribahasa) kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja;
berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu):
seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya;
sifat Siddiq inilah yang menjamin bahawa hak dikembalikan kepada yang ~;
mengehakkan memberi hak kepada, menentukan hak atas.