1. = fardu ~ rukun Islam yang kelima yang memerlukan seseorang Islam (yang cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yang berkaitan dengan fardu itu;
mengerjakan ~ menunaikan fardu haji;
2. orang yang berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji;
jemaah ~ rombongan orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji;
kapal ~ kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah;
Syeikh ~ orang yang mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji);
3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yang telah menunaikan fardu haji:
H~ Khairuddin;
bulan ~ bulan Zulhijah;
fardu ~ kewajiban menunaikan haji;
Hari Raya H~ hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah, hari raya Aidiladha;
naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji;
rukun ~ segala perbuatan yang mesti dilakukan supaya sah haji;
tabung ~
a) kumpulan wang yang disimpan oleh bakal haji;
b) [bahasa percakapan] = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yang mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah);
~ akbar (besar) ibadat haji yang wukufnya jatuh pada hari Jumaat;
~ badal orang yang menunaikan fardu haji untuk orang lain yang sakit dan lain-lain;
~ ifrad haji yang diikuti dengan umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pada bulan haji;
~ mabrur ibadah haji yang dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yang baik dan terpuji selepas menunaikan haji);
~ mardud ibadah haji yang dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji);
~ qiran qiran;
~ sunat [bahasa percakapan]
a) budak yang pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh;
b) pergi naik haji sebelum baligh;
~ tamatuk haji yang dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pada bulan haji, dan dikenakan dam;
~ widak haji yang terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat;
menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain.