hajat

1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan:
hampalah hatinya kerana ~ tak sampai;
~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dengan baik;

2. keperluan, sesuatu yang diperlukan;
ada ~ [Jakarta] mengadakan kenduri untuk mendoakan supaya selamat;
doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan;
qada ~ buang air besar;
menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri);
~ seni = ~ kecil buang air kecil;

berhajat
1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan:
saya ~ hendak menemui tuan;
sudah lama dia ~ hendak datang;

2. = berhajatkan memerlukan:
manusia selama-lamanya ~ kepada pertolongan Allah;
mungkin ia ~ pertolongan kita;

menghajati mengharapkan, mengingini:
dia berharap apa yang dihajatinya akan berhasil;

menghajatkan menghendaki, memerlukan:
anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi.

berkongsi