1. bahagian sebelah muka, muka, depan:
wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya;
seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang;
2. arah atau hala tujuan:
hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja;
tak tentu ~
a) tak tentu arah tujuan;
b) tidak berbuat sesuatu apa pun;
semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya;
berhadapan
1. = ~ dengan bertentangan (dengan), bersemuka (bertemu muka) dengan:
maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang;
dia duduk ~ dengan saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka, manis mulutnya;
~ muka bertemu muka 2. = berhadap-hadapan bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan:
mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~;
menghadap
1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke:
orang Islam sembahyang ~ kiblat;
rumah peranginan itu ~ ke laut;
~ surut melihat ke belakang;
2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dengan raja (orang besar-besar):
~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
pada ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak;
3. datang ke (mahkamah, pejabat, dan lain-lain):
ia diperintahkan ~ ke mahkamah untuk memberi keterangan;
4. ditujukan kepada (perbahasan dalam surat kiriman daripada yang muda terhadap yang tua), dialamatkan kepada:
~ ke hadapan ayahanda;
menghadapi
1. berada bertentangan (berhadapan) dengan, duduk dan lain-lain dengan muka ke hala sesuatu:
di dalam kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja;
mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yang ditimpa pohon kelapa itu;
2. berjumpa (berhadapan) dengan, bersemuka (dengan):
nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu;
3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dan lain-lain), ditimpa (diancam) oleh, menanggung;
~ persoalan yang rumit;
~ kesulitan;
~ tuduhan membunuh;
~ maut;
4. melawan, bertanding dengan, menentang:
~ musuh;
~ pasukan lawan;
menghadapkan
1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke):
maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut;
2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dan lain-lain):
hampir semua yang hadir ~ pertanyaan kepada ahli forum yang kedua sahaja;
tuduhan yang dihadapkan kepadanya sangat berat;
3. membawa ke muka (pengadilan, orang yang bertanggungjawab, dan lain-lain), membawa untuk dipertemukan dengan:
ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh;
4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan:
dalam pusingan pertama, pasukan Malaysia akan dihadapkan dengan pasukan bola sepak dari Negeri Thai;
memperhadapkan
1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan;
2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dan lain-lain:
~ beberapa cadangan kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk dibahaskan;
terhadap
1. berkenaan, mengenai, tentang:
pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang;
2. kepada, akan:
cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dalam dadanya;
ia mempunyai rasa perikemanusiaan daripada seorang manusia ~ manusia juga;
3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu:
hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas;
hadapan
1. bahagian sebelah muka, depan (lawan belakang):
dia berdiri di ~ saya;
pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka;
ke ~
a) ke depan, ke muka;
b) (pada permulaan surat bererti) kepada:
ke ~ sahabatku yang diingati;
2. yang akan datang;
masa (zaman) ~ masa (zaman) yang akan datang;
hadap-hadapan nasi ~ sajian nasi pulut yang dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding;
penghadapan tempat menghadap (raja):
Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak;
balai ~ ruang tempat menghadap raja di dalam istana atau di tempat raja bersemayam.