[Arab] hancur menjadi bahan yang mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna:
makanan berlemak susah ~ dalam perut;
penyakit tidak ~ penyakit dalam perut yang disebabkan oleh makanan tidak tercerna;
menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yang mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna:
apabila masuk sahaja makanan ke dalam saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yang lebih ringkas binaan kimianya;
terhadam sudah dihadam, tercerna;
keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan;
penghadaman proses menghadamkan, pencernaan:
sistem ~;
penghadam sesuatu yang menghadamkan (makanan), pencerna (makanan);
air ~ makanan bahan kimia dalam tubuh (yang menghadamkan makanan).