habis

1. tidak ada yang tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dan lain-lain):
~ sudah wang simpananku;
sisa makanan itu ~ dimakan kucing;
barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya;

2. kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya):
memasak makanan akan menyebabkan kuman pada makanan yang mentah itu ~ mati;
kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang;

3. banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya:
baju ini ~ dimakan gegat;
pondok itu ~ bocor atapnya;

4. digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (berkenaan (dengan) wang, masa, dan lain-lain yang digunakan, dibelanjakan, diperlukan, dan lain-lain untuk sesuatu):
sepertiga daripada waktu yang ditetapkan ~ untuk ucapan pembukaan sahaja;
separuh daripada wang gajinya ~ untuk membayar hutang;

5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat:
sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini;
pertunjukan pertama sudah ~;

6. paling, (yang) ter…:
darjah yang ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan;
inilah bangunan yang ~ tinggi dalam bandar ini;

7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka …:
~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini;

8. selepas, setelah, sesudah itu (dalam pertanyaan):
~ makan ia keluar;
~ apa yang terjadi?

9. (apa hendak dikatakan) kerana:
~ selalu diherdik, itulah ia lari;
~ akal
bingung (tidak tahu apa yang hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal;
~ awak [Kelantan] sangat (paling) memuaskan;
~ bulan
a) akhir (hujung) bulan (hari gaji);
b) awal bulan yang berikut;
~ dibahagi [Indonesia] dapat dibahagi dengan tidak berbaki;
~ kemelak [Kelantan] puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu);
~ lauk [Kelantan] tidak berfaedah (bercakap dengan orang bodoh dan lain-lain);
~ licin habis sama sekali (segala-galanya);
~ modal
a) tidak ada lagi modal yang tinggal;
b) tidak ada bahan atau idea lagi (untuk meneruskan perbincangan dan lain-lain);
~ perkara sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi);
~ sut [Kelantan] tinggal satu sahaja (berkenaan (dengan) barang dagangan dan lain-lain);
~ tahun
a) akhir (hujung) tahun;
b) awal tahun yang berikut;
~ teh = ~ or [Kelantan] bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dan lain-lain);
~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yang ditetapkan (sudah tiba waktunya);
~ air setelaga arang dibasuh tak putih (peribahasa) betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan;
~ manis sepah dibuang (peribahasa) setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dan lain-lain;
~ umpan kerong-kerong tak dapat (peribahasa) usaha yang sia-sia (menyebabkan kerugian);

sehabis
1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis:
~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan;
~ berfikir ia menerima cadangan itu;

2. paling, sangat (kecil, kuat, dan lain-lain) sekali:
gunung yang ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu;
anaknya yang ~ kecil baru berumur dua bulan;
menjangkau ~ tangan
(peribahasa) berusaha sedaya upaya;

sehabis-habis
1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya:
jikalau dikhabarkan dengan ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya;
berfikir dengan ~nya
berfikir dengan mempertimbangkan segala-galanya;

2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dan lain-lain), seboleh-boleh:
walaupun dicuba dengan ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yang dicita-citakan;

3. paling, sehabis:
tugas ini ialah yang ~ sulit yang pernah dihadapinya;

habis-habis
1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dan lain-lain);
cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dengan tidak menyembunyikan sedikit pun);
berfikir ~ berfikir masak-masak (dengan memperhitungkan segala-galanya);
tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya;

2. paling-paling, (yang) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dan sebagainya):
orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki;
memakan ~ menyorok hilang-hilang
(peribahasa) merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;

berhabis = ~ wang banyak membelanjakan wang dengan sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dengan banyaknya) sehingga kesempitan:
biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu;
~ tenaga (waktu)
membuang-buang tenaga (waktu);

habis-habisan, berhabis-habisan
1. hingga habis (terkorban dan sebagainya) semuanya, dengan sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dan lain-lain), mati-matian:
mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara;
nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur;

2. terlalu sangat, dengan tidak bersekat (berbatas):
dimaki ~;

menghabisi
1. mengakhiri, menamatkan:
tuan Imam ~ upacara itu dengan doa selamat;

2. menghapuskan, menghilangkan:
habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak;

3. menamatkan riwayat, membunuh:
seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu;
~ nyawanya
membunuh diri;

menghabiskan
1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dan lain-lain) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dan lain-lain):
sebahagian daripada wang gajinya dihabiskan untuk membiayai pelajaran anak-anaknya;
Bujal ~ masa lapangnya dengan berkunjung ke rumah kawan-kawannya;
~ umur
membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yang tidak baik atau sia-sia);

2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan:
dia pergi ~ kerjanya yang terbengkalai;

3. menamatkan, mengakhiri;
~ ceritanya (cakapnya) menamatkan ceritanya (cakapnya);

4. menghabisi, membunuh:
kekanda berjanji dengan keris ini akan ~ siapa sahaja yang cuba mengganggu adinda;

terhabiskan;
tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan:
Hanuman pun makan nasi itu dengan berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~;

kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yang diperlukan) telah habis (dengan tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dan lain-lain, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dan sebagainya semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis):
belum hujung bulan dia telah ~ wang;
dengan gerak yang lemah seperti orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela;
keretanya ~ minyak di tengah jalan;
~ modal
tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi (dalam perbualan, perbincangan, dan lain-lain);

penghabisan
1. kesudahan, akhir:
~nya tiada siapa pun yang berjaya;

2. yang terkemudian sekali, akhir:
sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya;
dialah yang ~ keluar dari rumah itu;

3. hujung:
~ jalan ini di tepi laut.

berkongsi