guru

1. orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh:
~ pelatih;
~ pelawat;

2. pemimpin agama Hindu;
~ bantu [Indonesia] pembantu guru;
~ besar, = ~ kepala = ~ ketua guru yang mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah;
~ latihan normal guru yang bukan lepasan maktab atau universiti;
~ lepasan maktab guru yang terlatih di maktab;
~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yang bakal menjadi guru;
~ pelawat pegawai pendidikan yang tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dan lain-lain), nazir sekolah;
~ penolong guru yang kanan selepas guru besar;
~ kencing berdiri, murid kencing berlari (peribahasa) kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dalam hal yang tidak baik);

berguru
1. belajar:
sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang untuk menggantikan tempat Awang;

2. berlaku (bertindak) seperti guru;
~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi (peribahasa) ilmu yang tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya;

bergurukan menjadikan seseorang sebagai guru:
dia ~ al-Guwayni yang dikenal dengan gelaran Imam al-Haramayn;

keguruan yang berkaitan dengan guru, yang berkaitan dengan peranan (tugas, kelayakan) sebagai guru:
sifat-sifat ~ yang luhur;

perguruan
1. sekolah, tempat belajar;

2. pengajaran;
~ rakyat [Indonesia] pengajaran kepada rakyat;

3. yang berkaitan dengan guru;
maktab ~ maktab tempat melatih guru;
maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa.

berkongsi