bukit yang besar dan tinggi (lebih daripada 1500 kaki atau 457.2 meter);
~ berangkat sejenis susunan bantal di atas pelamin;
~ berapi gunung yang mengeluarkan lahar, api, dan lain-lain dari kawahnya;
~ berapit gunung yang letaknya di antara dua gunung;
~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung;
~ lipat gunung yang terjadi kerana muka bumi berlipat;
~ payung ki buah hati, kesayangan (untuk anak dan lain-lain);
~ juga yang dilejang panas (peribahasa)
a) orang kaya juga yang bertambah kekayaannya;
b) orang yang pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan;
~ yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali (peribahasa) harta yang banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan;
ke ~ tak dapat angin (peribahasa) hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal;
niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai (peribahasa) tidak berdaya mencapai sesuatu yang dihajati (dicita-cita);
niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) (peribahasa) lain yang dihajati lain yang diperoleh (kemuliaan yang dihajati, kehinaan yang diperoleh);
rendah ~ tinggi harap(an) (peribahasa) dipakai untuk menyatakan besarnya harapan;
tak ada ~ yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni (peribahasa) tidak ada usaha yang tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan);
tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) (peribahasa) tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yang sudah tentu;
gunung-gemunung banjaran gunung;
gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil;
bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung:
kawasan yang ~;
menggunung
1. meninggi (seperti gunung):
gelombang pun ~ tingginya;
2. mencapai paras (peringkat dan sebagainya) yang amat tinggi, memuncak tinggi:
kelayakan yang paling penting bagi seseorang pemimpin dalam masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dengan fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yang ~;
menggunungkan [kiasan] membesar-besarkan, menghebah-hebahkan;
air setitik dilauntukan, tanah sekepal digunungkan (peribahasa) membesar-besarkan perkara yang kecil;
pergunungan tanah yang penuh dengan gunung, daerah yang bergunung-gunung.