1. manfaat, faedah:
kelapa sawit banyak ~nya;
2. peranan, fungsi:
guru menerangkan ~ akar pada pokok;
3. untuk, bagi:
dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup;
4. budi baik, kebaikan:
tidak tahu membalas ~;
~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (berkenaan (dengan) perkhidmatan, bangunan dan sebagainya):
satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan;
~ tenaga (Ekonomi) penggunaan tenaga manusia dalam kegiatan dan perkembangan ekonomi;
~ tenaga penuh (Ekonomi) penggunaan seluruh tenaga manusia yang sanggup bekerja;
~ tenaga tak penuh (Ekonomi) penggunaan tenaga manusia yang tidak sepenuhnya;
seguna;
~ sekaya harta benda yang diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai);
berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat:
tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya;
hidup pun tidak ~;
kebergunaan perihal (keadaan dan sebagainya) berguna:
~ traktor dalam kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan;
menggunakan
1. = mempergunakan mengambil faedah:
dipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu;
2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan:
dia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah;
kereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik;
mempergunakan
1. = menggunakan
2. memperlakukan untuk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat:
pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yang memerintah;
gunaan bidang pelajaran yang ada kegunaan praktiknya:
sains ~;
kegunaan
1. faedah, guna:
undang-undang itu dibuat untuk ~ seluruh rakyat;
2. yang digunakan:
semua kertas ~nya dapat dibeli;
segala alat ~ menebas pada zaman itu dibuat daripada batu;
pergunaan ark
1. pemakaian:
~ alat jentera menghendaki modal yang besar;
2. faedah, guna:
Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin untuk ~ menyiarkan agama Kristian;
penggunaan
1. perihal (perbuatan, kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu:
~ kata itu tidak sesuai dengan ayat ini;
2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dan lain-lain);
kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dan lain-lain):
nasihat-nasihat ~;
pengguna orang dan lain-lain yang menggunakan:
tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.