guling

~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini;
bantal ~ bantal panjang yang bulat (bantal golek);

berguling bergulung (berpusing dan lain-lain) berbalik-balik, bergolek:
pada musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi seperti bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat;

berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek;

bergulingan berguling-guling, bergolek-golek:
meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~;

mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (berkenaan (dengan) perahu);

menggulingkan
1. menyebabkan berguling:
~ kayu balak ke sungai;

2. [kiasan] menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan:
mereka diberitahu tentang satu komplot untuk ~ kerajaan;

3. [sastera lama] menggelengkan:
Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya;

terguling telah digulingkan, tergolek:
dalam pilihan raya lepas partinya ~;

terguling-guling berguling-guling (dengan tidak sengaja), berpusing berbalik-balik.

berkongsi