gugur

1. jatuh, luruh (buah dan lain-lain):
buah yang tak ~-~;

2. jatuh sebelum masak (buah-buahan);

3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil):
anak ~;

4. runtuh (tanah dan lain-lain);

5. mati (terkorban) dalam pertempuran:
telah banyak pahlawan Kedah yang ~;

6. hilang, habis (hak dan lain-lain):
kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya untuk mengundi dalam majlis perhimpunan agung;
~ hati
jatuh hati, jatuh cinta;
~ talak jatuh talak (diceraikan);
bunga ~, putik pun ~ (peribahasa) setiap yang hidup akan mati (dengan tidak memandang umur);

berguguran gugur dengan banyaknya:
papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua;

menggugurkan
1. menjatuhkan:
risalah-risalah digugurkan dari kapal terbang;

2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dengan sengaja):
dengan diam-diam anak yang dalam kandungannya digugurkan;

3. mengeluarkan daripada (tidak memasukkan ke dalam) pasukan dan lain-lain:
Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain daripada skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini;

4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (daripada penggunaan):
dalam situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yang difikirkan lebih umum;
contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada
, ataupun oleh tidak boleh digugurkan;

5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dan sebagainya), tidak terus menuntut;

keguguran
1. mengalami gugurnya (daun dan lain-lain):
pokok ceri yang sedang ~ daun;

2. melahirkan anak sebelum cukup bulan (dengan tidak sengaja):
isterinya ~;

pengguguran perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) menggugurkan:
~ kata dari pada ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis;
~ tuntutan.

berkongsi