1. bergerak, berayun-ayun:
pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang;
kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yang boleh digerakkan berbuai-buai);
2. [kiasan] tidak tetap (pendirian, keyakinan, dan lain-lain), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dan lain-lain):
kedudukannya sebagai menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan daripada rakyat;
keyakinan yang tidak ~ terhadap peperangan yang ditempuhi;
bergoyang
1. berayun-ayun, bergerak-gerak:
daun yang ~ seperti melambai-lambai aku memberi selamat bahagia;
2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan);
~ kaki
a) berayun kaki;
b) [kiasan] bersenang-senang (hidup dengan tidak bekerja);
~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dan lain-lain);
~ lutut duduk dengan menggerak-gerakkan lutut;
menggoyang = menggoyangkan;
menggoyangkan
1. menggoncangkan, mengayunkan:
ia ~ buaian itu untuk anaknya;
2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dan sebagainya), menggoncangkan (kedudukan dan sebagainya);
tergoyang terayun, tergoncang;
goyangan goncangan, ayunan;
kegoyangan perihal goyang, kegoncangan.