goyah

1. goyang seperti hendak tumbang atau tercabut (berkenaan (dengan) gigi, tiang, dan lain-lain), gual-gail:
mana-mana terdapat tiang yang ~ digantikannya dengan yang baru;

2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dan sebagainya), tidak kukuh atau teguh (berkenaan (dengan) hubungan, ikatan, dan sebagainya):
kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~;
mendamaikan rumah tangga kami yang selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita;

menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dan lain-lain):
sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu;

tergoyah(kan) tergoyang(kan):
mereka mempunyai nilai yang abadi, yang tidak ~;

kegoyahan keadaan atau hal goyah:
~ sosial yang meletus selepas Perang Dunia II.

berkongsi