= palu ~ palu (tukul, martil) besar;
menggodam
1. menghentam (memukul) dengan godam dan lain-lain;
2. (Komputer) menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yang tersimpan di dalam sistem komputer itu:
perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yang tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera;
penggodaman (Komputer) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain untuk mencuri data dan maklumat sulit dan sebagainya:
~ laman web oleh pihak yang tidak bertanggungjawab;
penggodam
1. palu godam;
2. (Komputer) orang yang menceroboh masuk ke dalam sistem komputer untuk mengakses data dan maklumat sulit dan sebagainya:
tindakan segera perlu diambil untuk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu.