gigit

bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dan lain-lain) dengan gigi antara satu sama lain, saling menyepit dengan gigi;

menggigit
1. mengapit (mengacip, menyepit, dan sebagainya) dengan gigi:
kaki pencuri itu digigit anjing;
~ bibir
ki berasa marah (geram);
~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa);

2. mengapit atau mencengkam (berkenaan (dengan) kasut);

3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dan lain-lain):
perut Pak Dollah semakin ~ lapar;

4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dan lain-lain):
dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum;

tergigit
1. telah digigit;

2. boleh digigit;

3. tidak sengaja digigit;
~ lidah
a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang;
b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dan lain-lain);

gigitan
1. cengkaman dengan gigi untuk menggigit;

2. bekas digigit.

berkongsi