giat I

sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas:
kita mesti ~ bekerja;
sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen;

bergiat berusaha dengan giat, bersungguh-sungguh, aktif:
dia ~ dalam lapangan seni nyanyi;
kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru;

menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat untuk berusaha:
perkataan itu ~ usaha mereka;

kegiatan
1. perihal atau keadaan giat, kecergasan;

2. aktiviti;

penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dan sebagainya) yang menggiatkan sesuatu;
penggerak:
tokoh dan ~ teater berkumpul untuk membincangkan kegiatan teater tanah air.

berkongsi