gerun

takut, ngeri, gamang:
dia ~ dengan keadaan dalam hutan; ~ gementar takut yang amat sangat:
hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;

menggerunkan menimbulkan rasa gerun:
peristiwa itu ~, ngeri, dan menakuntukan;
angkatan tentera yang terkuat, yang dapat ~ musuh;

kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan:
kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam;

penggerun (orang, benda) yang menimbulkan gerun:
azimat ~.

berkongsi