geram

1. marah, panas hati, sakit hati:
ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab;

2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas:
amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya;
turut hati yang ~, hilang takut timbul berani
(peribahasa) kerana marah hilang takut;

menggeram
1. menjadi geram;

2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci):
ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yang digeramnya;

3. berbunyi menderum (harimau dan lain-lain), menderam:
orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pada waktu malam;

menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram;

kegeraman
1. perihal geram;

2. berasa (menjadi) geram:
kakaknya terjerit-jerit ~.

berkongsi