gerak

1. perpindahan tempat, lawan diam:
dengan ~ yang lemah seperti orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan;

2. denyut, kenyat-kenyut:
~ nadinya berhenti dengan tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir;

3. alamat, petanda, gelagat (denyut pada mata dan lain-lain):
janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kepada patik;

4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati;

5. kehendak (Allah):
entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu;
~ badan
[Indonesia] olahraga, sukan;
~ gempa
a) goyang gempa, gempa bumi;
b) sejenis cucuk sanggul yang bergerak-gerak;
~-gerayu bergetar (pada hujung);
~-geri = ~-gerik = ~-garit
a) bermacam-macam gerak (badan);
b) = ~ langkah = ~ laku tingkah laku;
~ jalan [Indonesia] latihan berjalan bersama-sama sebagai sukan;
pasukan ~ cepat [Indonesia] pasukan tentera yang mudah dipindah-pindahkan;

segerak berlaku atau bergerak pada masa yang sama;

menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dan lain-lain berfungsi atau bergerak pada masa yang sama;

penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dan lain-lain.

bergerak
1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat:
pohon itu ~ ditiup angin;
jangan ~ dari tempatmu;

2. berangkat, pergi, menuju:
askar-askar British telah ~ ke kawasan itu;
kemudian ia bangun dan ~ dari situ;

3. berusaha, berikhtiar, bertindak:
persatuan itu memerlukan wang untuk ~;
kami dulu sama-sama ~ dalam kumpulan itu;

menggerakkan
1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dan sebagainya);
~ kepala menggoyangkan kepala;

2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dan sebagainya), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan:
tiap-tiap peristiwa yang ada itu, berperanan tegas untuk ~ cerita;
ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting untuk ~ tenaga masyarakat;

3. membangunkan (daripada tidur);
~ enjin menjalankan enjin;
~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang;
~ minat menambah minat;
~ pasukan memindahkan (memajukan dan lain-lain) pasukan;
~ rakyat menaikkan semangat rakyat;

tergerak bergerak dengan tiba-tiba, telah digerakkan;
~ di hati = ~ dalam hati timbul perasaan dalam hati;
~ hatinya timbul perasaan atau keinginan;

gerakan
1. hasil bergerak, perbuatan bergerak:
~ bumi;
~ tentera;

2. usaha, kegiatan:
~ hendak menghapuskan buta huruf;
bilik ~
bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dan lain-lain);
~ bawah tanah gerakan sulit untuk menjatuhkan kerajaan dan lain-lain;

3. = pergerakan;

pergerakan kebangkitan (untuk memperjuangkan sesuatu):
~ kaum ibu;

penggerakan perihal (perbuatan dan sebagainya) menggerakkan;

penggerak galakan (tenaga dan lain-lain) untuk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dan lain-lain) yang menggerakkan:
jelas kepada kita bahawa Islam telah memainkan peranan yang penting sebagai ~ kepada manusia untuk mencapai kemajuan;
Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater.

berkongsi