gentar

1. goncangan yang cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dan lain-lain), getar, geletar;

2. [kiasan] berasa takut (bimbang dan lain-lain):
tidak ~ menyerang musuh;

bergentar, menggentar
1. bergoncang:
sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom;

2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dan lain-lain);

menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakuntukan:
dia ~ pencuri itu dengan pistol mainan;

menggentarkan
1. menjadikan bergentar:
letupan bom ~ seluruh badan;

2. menjadikan gentar, menakuntukan:
hal itu tidak ~ hatinya;

3. merusuhkan, menggemparkan:
orang yang gelap itu ~ seluruh kampung;

gentaran goncangan:
kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom;

kegentaran
1. perihal gentar;

2. ketakutan;

penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dan lain-lain);

penggentar
1. sesuatu yang digunakan untuk menggentarkan;

2. perusuh, pengganas;

3. pengecut.

berkongsi