genggam

kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang;
~-~ bara memegang-megang sahaja;

segenggam banyak yang dapat dipegang dalam kepalan tangan:
~ tanah (beras);
~ digunungkan, setitik dilauntukan
(peribahasa) sangat dihargai;

menggenggam
1. memegang dalam genggam (kepalan tangan):
~ pisau;

2. [kiasan] menguasai, memerintah:
banyak negeri di bawah angin ini yang digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia;
~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh (peribahasa) memegang suatu keputusan dengan tidak berubah lagi;
digenggam tiada tiris (peribahasa) paling hemat dengan wang dan lain-lain;
genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan (peribahasa) memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);

menggenggamkan;
~ tangan mengepalkan tangan;

tergenggam tercengkam, terkepal;
barang ~ jatuh terlepas (peribahasa) apa yang sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan);

genggaman
1. kepalan tangan;

2. benda yang digenggam dalam tangan;

3. = dalam ~ di bawah perintah (kekuasaan).

berkongsi