1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun:
badannya ~ dan gagah;
2. lemak, minyak;
~ lembu lemak lembu;
minyak ~ [Indonesia] minyak pelicin mesin (roda dan lain-lain);
3. [Indonesia] subur, mengandungi banyak baja (tanah);
4. baja, pupuk;
~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk;
~ gempal gemuk tegap (badan);
~ metuk [Kelantan] gemuk dan sihat;
~ membuang lemak, cerdik membuang kawan (peribahasa) [Minangkabau] enggan bergaul dengan saudara-mara;
menggemukkan
1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk;
2. membajakan;
kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk:
~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak;
penggemukan perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) menggemukkan;
penggemuk sesuatu yang menyebabkan menjadi gemuk.