gembleng I

menggembleng
1. [Jawa] menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras;

2. [kiasan] menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dan sebagainya) sesuatu:
penduduk kampung itu ~ tenaga untuk membina jambatan itu;
bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan;
mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional;

gemblengan paduan, penyatuan:
kisah keluarga itu dipaparkan dalam penceritaan yang tersusun kemas dengan ~ unsur-unsur ketegangan yang memanjang;

penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng:
untuk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu.

berkongsi