gelut I

gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dan lain-lain);
adu ~ perlawanan bergomol;

bergelut
1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (seperti orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (untuk menunjukkan kekuatan seseorang dan lain-lain);

2. berkelahi:
ia luka kerana ~ dengan tiga orang perompak;

3. bertungkus-lumus atau bergiat dengan hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dan sebagainya):
suatu fakta penting untuk penghidupan dalam dunia yang ~ dan berlumba-lumba ini;
~ dengan maut;
bagai tupai ~
(peribahasa) perihal kehebatan langkah dan lain-lain seorang pendekar;

menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dan lain-lain);

pergelutan
1. perihal bergelut, perlawanan bergelut;

2. perkelahian;

3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan:
mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yang ditimba daripada ~ menyara hidup.

berkongsi