geli I

1. rasa badan kalau digeletek;

2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dan lain-lain):
~ ia melihat kelakuan anaknya;

3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dan lain-lain);

4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu seperti ular, lintah, dan lain-lain;

5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yang kotor dan busuk;
~-geman = ~-geleman jijik;
~ hati rasa hendak ketawa;
habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa (peribahasa) kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;

menggeli [Minangkabau] memberanikan (ayam yang berlaga);
~ induk ayam (peribahasa) memberanikan seorang penakut;

menggelikan
1.= ~ hati menimbulkan gelak ketawa;

2. menimbulkan rasa geli:
maka banyak perkara yang ~ telah disaksikan;

kegelian
1. perihal geli, perasaan geli:
cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku;

2. berasa geli:
benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;

penggeli orang yang mudah berasa geli (kalau digeletek);
~ hati sesuatu yang menggelikan hati, lawak jenaka.

berkongsi