geleng

= gelengan gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala);
~ seperti si patung kenyang (peribahasa) berjalan dengan sombongnya, sombong;

bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;

menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;

menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dan lain-lain) :
apabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh;

tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya:
dia memastikan kepalanya yang ~ itu tidak menerima apa yang dikatakan oleh Pak Ciknya.

berkongsi