gelek I

tarian ~ tarian dengan gerakan tubuh yang liang-liuk;

menggelek
1. berguling, bergolek, berbalik-balik:
guli yang sedang ~ itu disekatnya;

2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur):
siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta;

3. menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dan lain-lain), menggentel:
lengannya seperti lilin digelek;

4. melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti;

tergelek kena gelek, tergilas, terlindas;

gelekan
1. gerakan tubuh (punggung dan sebagainya) yang liang-liuk, terutamanya ketika menari:
penari itu menari dengan ~ yang mempesonakan;

2. perbuatan atau hasil menggelek:
~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong;

penggelek penggiling.

berkongsi