gegar

gentar, goncang, goyang;

bergegar bergoyang, bergoncang:
rumah itu pun ~ akibat letupan bom;

menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh:
bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yang berdekatan;

menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan:
satu letupan ~ kapal itu;
jeritan hatiku yang amat ~ jantung;

tergegar tergoncang, tergoyang:
kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila;

gegaran perihal bergegar:
rumah itu roboh kerana ~ gempa;

penggegar unsur (orang atau alat) yang menggegarkan sesuatu:
beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang.

berkongsi