gaya

1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang;

2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yang menarik perhatian:
wanita itu ada ~;

3. cara, jalan, laku:
bukan begini ~nya memikat hati orang;

4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang:
gedung ini dibangunkan ~ barat;
~ hidup orang Malaysia pada peringkat integrasi nasional;
~ bahasa
cara pemakaian bahasa;
ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat;

5. irama dan lagu, langgam:
~ muzik itu sama dengan lagu-lagu Hindustan;

6. elok, rupawan:
gadis Sumatera Timur yang ~;

7. daya (untuk bergerak, bekerja, dan lain-lain), kuasa, tenaga:
kalah ~ kalah kuat;

8. [Kelantan] pujuk, muslihat, tipu;
~ bawa cara menulis dan lain-lain sendiri;
~ bebas gaya berenang yang membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yang khusus seperti gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang;
~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dengan agak sederhana, mewah dan sebagainya);
~ tarik [Indonesia] kekuatan yang menarik (sesuatu benda);
~ tulis cara mengarang;
~ sahaja, rasanya wallah (peribahasa) rupanya sahaja yang elok tetapi kelakuannya buruk;
biar kurang garang, asal lebih ~ (peribahasa) biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok;

gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;

bergaya
1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap:
dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada;
langkahnya ~
langkahnya teratur baik;

2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yang tertentu:
sajak ini ~ realis dan romantis;

3. berdaya, berkekuatan, bertenaga:
ia tidak ~ lagi berhadapan dengan adiknya;

menggaya melagak:
ia ~-gaya pula di depan cermin;

menggayakan
1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dan lain-lain), memperagakan:
kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis;
~ lenggang;

2. melagukan, mengiramakan:
masing-masing berlumba ~ kata-kata indah;

3. membangkitkan daya (kuasa);

penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan:
masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dalam cara baru;
pertandingan itu tidak memberi erti dari segi pengukuhan dan ~ bahasa.

berkongsi