gas

1. bahan seperti udara, bukan cecair dan bukan pepejal;

2. gas yang dikeluarkan daripada batu arang dan mudah terbakar;
kilang ~ kilang yang mengeluarkan gas daripada arang;

3. wap minyak benzin (petrol);
lampu ~ lampu yang memakai gas untuk nyalanya;
~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kimia) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yang tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia;
~ air mata = ~ pemedih mata gas yang menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan untuk mengawal rusuhan;
~ asli gas yang diperoleh dari kerak bumi;
~ ketawa sejenis gas (nitrus oksida) yang digunakan sebagai ubat pelali;
~ petroleum cecair (Kimia) gas butana atau propana yang dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dalam tabung gas;
~ sahih = ~ tak sempurna (Kimia) gas yang mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yang tidak menunjukkan sifat gas unggul;
~ sempurna = ~ unggul (Kimia) gas hipotesis yang molekul-molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain.

berkongsi