gantung

hukum ~ hukuman mati dengan mencerut leher dengan tali (yang terikat pada tiang);
jambatan ~ titi yang tidak bertiang;
kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yang belum lagi diumumkan (diraikan) dengan upacara persandingan;
lampu ~ lampu yang disangkut (tidak berdiri);
pusaka ~ waris yang belum diketahui pemiliknya;
~ kemudi [sastera lama] cukai yang dikenakan di pelabuhan;
~ layar [sastera lama] hadiah kepada orang yang menyelamatkan kapal yang hendak karam;

bergantung
1. bersangkut, bergayut, berpaut;
dagu bagai lebah ~ dagu yang cantik;

2. bersandar (pada orang dan lain-lain), berharap pada pertolongan (orang dan lain-lain), di bawah pengaruh orang dan lain-lain:
kehidupannya ~ pada belas kasihan Dato Ujang;
pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pada hujan;
~ di ekor anjing
(peribahasa) orang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan;
~ di hujung rambut (peribahasa) nasib yang tidak tetap;
~ kepada rambut sehelai (peribahasa) dalam keadaan yang amat berbahaya;
~ pada tali rapuh (peribahasa) mengharapkan pertolongan daripada orang dan lain-lain yang lemah;
~ tidak bertali, bersalai tidak berapi (peribahasa)
a) isteri yang ditinggalkan tetapi tidak diceraikan;
b) peri seorang gundik yang tidak sah;

bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini:
jemuran yang ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;

bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak:
ia memerhatikan gambar-gambar yang ~ di dinding;

menggantung
1. menghukum mati dengan mencerut leher dengan tali yang terikat pada tiang;
~ diri membunuh diri dengan menceruntukan tali pada leher;

2. memasang (kelambu, tirai, dan lain-lain) dengan menyangkuntukan tali dan lain-lain pada sesuatu:
~ kelambu;
~ langsir;

3. menunda (perkara dan lain-lain) hingga waktu yang lain (untuk mendapat butir-butir yang lebih lanjut):
perkara itu digantung untuk sementara waktu;

4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dan sebagainya atau tidak dapat bertindak (bergiat dan sebagainya) sehingga diputuskan secara muktamad;
~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang daripada melaksanakan tugas atau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan);
~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dan sebagainya) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;
~ raket berhenti sama sekali atau bersara daripada bermain sesuatu permainan yang menggunakan raket (seperti badminton, tenis, dan sebagainya):
selepas ~ raketnya, nama beliau terus hilang dari dada akhbar;
digantung tinggi dibuang jauh
(peribahasa) tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);

menggantungi
1. menjadikan (sesuatu) sebagai tempat menggantungkan (sesuatu):
pokok ru itu digantungi dengan lampu yang berbagai-bagai warnanya;

2. menggantung berulang-ulang;

menggantungkan
1. menyangkuntukan pada paku dan lain-lain atau mengikatkan pada sesuatu dan sebagainya supaya terletak pada tempat yang tinggi, menjadikan bergantung:
ia ~ semua kad Hari Raya pada tali yang direntang;

2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dan lain-lain) pada, mengharapkan (pertolongan dan lain-lain) daripada, meletakkan (harapan dan sebagainya):
mereka ~ harapan hari depan mereka pada kejayaan Hanifah dalam pelajarannya;
digantungkan tinggi, digalikan dalam
(peribahasa) perjanjian yang dibuat dengan syarat-syarat yang teguh;
~ kain kotor di muka pintu (peribahasa) perihal perbuatan yang pandir yang memberi malu pada diri sendiri;

mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung:
aku masih terkatung-katung dengan tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;

tergantung
1. telah digantung, tersangkut, terpaut:
lampu itu ~ di loteng;

2. diserahkan, terserah (pada):
hukuman yang akan dikenakan ~ pada hakim;

gantungan
1. sesuatu yang digantung(kan);

2. alat untuk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;

kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pada):
sikap ~ pada orang lain;

ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pada sesuatu):
ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas daripada ~ pada keluarga.

ketidakbergantungan perihal ( keadaan) tidak bergantung pada:
~ politik kawasan yang berpisah-pisah;

pergantungan
1. alat atau tempat untuk menggantung;

2. tempat bergantung (mis orang yang dipercayai atau yang boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan;

3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pada sesuatu):
jelaslah ~ pada beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;

penggantungan
1. perihal menggantung;

2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang:
~ kain baju itu letaknya berhampiran dengan katil;

penggantung digunakan untuk menggantungkan sesuatu:
tali ~ seluar.

berkongsi